Kayangan

Wow... Akhirnya!

Setelah 2 bulan setup plan, buat homework, cari tema dan create team. Yezz! 20 Mac 17, 11 orang dengan 3 kereta gerak ke Cameron Highland.

Kalau nak cerita teruja...memang meluat pula bunyi nyer nanti mengalahkan tak pernah ke sana. Aceli, yang jadi teruja kerana datang dari jauh semata mata untuk shoot baju, bawa segala bagai hiasan dengan harapan yang sangat tinggi. Kawan kawan yang support projek ni : Saravanan | Alvin Toh | Louis Lem | Muz | Fara. Ha'a..ni semua kawan kawan Photog. Model pula kami gunakan 3 orang > Fifi | Dewi | Fariz.

Dan.... terhutang budi juga pada MUA GeeCantik Bridal > Nurol Lieyana & Zai Yusof. Diaorang lew tulang belakang projek ni, kalau tak, entah siapa yang nak siapkan model model kiter. Cici, owner Gee Cantik Bridal banyak bagi support dari baju hingga ke hiasan model. TERIMA KASIH Cici Gee Cantik!

Sasaran utama kami sebenarnya Mossy Forest, dari dulu berkenan nak ke sana. Lumut dia tak dapat kat tempat lain, so.. rare la kan :)

 Ni set di Mossy Forest jew dulu, sebenarnya kami ada juga shoot di 2 lokasi lain > Ladang Teh & Time Tunnel Museum. Set-set tu nanti kami update lain. Weeee.... 

Sempat mengedit 3 keping ja gambar kat Time Tunnel Museum. Kurang pilihan kat sini sebab kami shoot sekejap je. Main tekan touch n go. Cahaya pun ke laut jadinya. 




So, Yang tak der dalam post ni, gambar ladang teh. Jumpa lagi kat next post. Sure, gambar ladang teh mesti kasi naik punya. Weee.....




Comments

Popular posts from this blog

NegaraKu Merdeka | Selamat Hari Kemerdekaan Ke 59

Jurugambar Melaka | Kebaya Nyonya.